fbpx

Trafik penumpang udara dijangka susut 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permintaan kukuh dalam industri e-dagang menggalakkan peningkatan jumlah trafik kargo udara tahun ini. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyemak semula ramalan trafik bagi penumpang udara 2021 kepada penguncupan antara 77 peratus dan 80.2 peratus tahun ke tahun, yang diterjemahkan kepada 5.3 juta hingga 6.1 juta penumpang.

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, menerusi Laporan Industri Waypoint edisi ke-9, semakan semula itu perlu dibuat setelah mempertimbangkan faktor muatan lebih rendah serta tempoh pemulihan kapasiti tempat duduk yang lebih lama oleh syarikat-syarikat pe­nerbangan.

“Bagaimanapun ketika penularan wabak masih tinggi, pemain utama kargo di Malaysia telah menambah laluan udara, menunjukkan terdapat kemungkinan peningkatan jumlah operasi kargo Malaysia dalam masa terdekat.

“Jumlah kargo bertambah 80.4 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2021, ekoran permintaan tinggi untuk vaksin, peralatan perubatan, peralatan pelindung diri serta pertumbuhan kukuh industri e-dagang.

“Kami meramalkan jumlah trafik kargo udara tahun 2021 akan meningkat antara 26.5 peratus dan 28.2 peratus tahun ke tahun dan pulih kembali ke tahap sebelum krisis,” katanya dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI