fbpx

Bicara saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap tiga pihak 16 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultanah Nur Zahirah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 16 Disember ini bagi perbicaraan kes saman fitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Mohamad Johan Lee @ John Lee Kien How itu ditetapkan selama empat hari iaitu pada 16, 17, 20 dan 21 Disember.

Tarikh itu yang diperolehi melalui semakan sistem mahkamah, disahkan oleh peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay yang mewakili Sultanah Nur Zahirah.  Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 10 September ini.

Kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Sultanah Nur Zahirah ditetapkan untuk perbicaraan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengecualikan baginda daripada memberi keterangan dalam kes saman tersebut.

Pada 24 Ogos lalu, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang bersidang bersama Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Lee Heng Cheong sebulat suara membenarkan rayuan ketiga-tiga pihak.

Saman fitnah tersebut difailkan terhadap Rewcastle Brown atau Clare Louis Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn. Bhd. pada November 2018.

Dalam pernyataan tuntutan, Sultanah Nur Zahirah mendakwa Rewcastle Brown, membuat pernyataan yang memalukan terhadap baginda dalam buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Sultanah Nur Zahirah mendakwa, kenyataan itu memberi gambaran bahawa baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri pentadbiran Terengganu selain menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI