fbpx

393 kematian, 100 kes BID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 393 kes kematian Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kes kematian kini mencecah 15,211 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 294 warga Malaysia dan 99 warga asing manakala, 100 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Menurutnya, kes BID tersebut melibatkan 50 warga Malaysia dan 50 warga asing.

“Selain itu, sebanyak 24,599 kes baharu dengan lapan kes import, menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 1,640,843 kes.

“Kes aktif pula sebanyak 265,841 kes dengan 990 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 487 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 22,657 kes sembuh menjadikan jumlah kes sembuh terkini sebanyak 1,359,791 kes,” katanya melalui Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI