fbpx

Sanggup tak hadir majlis kahwin anak elak divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 LONDON – Seorang bakal pengantin kecewa apabila ibu bapanya memaklumkan lebih sanggup tidak hadir ke majlis perkahwinannya daripada perlu mendapatkan suntikan vaksin, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Amy Bettys menerusi laman sosial Twitter berkata, ibu bapanya perlu menunjukkan sijill vaksinasi Covid-19 untuk menghadiri majlis perkahwinannya kelak.

Namun, mereka yang merupakan golongan antivaksin lebih rela tidak menerima suntikan itu daripada menyaksikan anak perempuan mereka berkahwin.

“Ibu dan bapa saya memaklumkan lebih rela tidak divaksin daripada menghadiri majlis perkahwinan saya,” katanya di laman Twitter.

Status  itu menjadi tular dan memperoleh lebih 56,000 tanda suka dan ribuan komen.

“Saya minta maaf atas perkara itu. Saya harap hari bahagia awak nanti tetap indah,” tulis seorang netizen.

“Saya tidak dapat membayangkan kesedihan yang awak rasakan apabila ibu bapa awak menganggap semua teori konspirasi ini lebih penting daripada perkahwinan anak mereka sendiri,” tulis seorang lagi.

Bettys kemudian mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakannya.

“Saya terharu dan sudah tentu saya mahu mereka divaksin, namun ketika ini saya sedang cuba menerima sesuatu yang tidak boleh diubah,” katanya. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI