fbpx

Pelajar tertekan peranti tidak mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KANGAR – Pelajar sekolah antara golongan yang mengalami masalah tekanan perasan daripada keseluruhan 31 kes yang dicatatkan di negeri ini sejak Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Siti Berenee Yahaya berkata, tekanan dihadapi golongan itu berlaku disebabkan kekangan peranti untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Katanya, sebahagian daripada pelajar tidak mempunyai peranti atau hanya memiliki satu peranti dan terpaksa berkongsi dengan adik beradik sementara ibu bapa mereka keluar bekerja.

Siti Berenee

“Tekanan bukan sahaja daripada segi kerja sekolah kerana ia diberi melalui aplikasi WhatsApp dan boleh dibuat dari semasa ke semasa tetapi masalah bagi mereka adalah tidak cukup peranti untuk buat kerja sekolah.

“Walaupun jumlah kes melibatkan pelajar adalah satu digit sahaja tetapi kami bimbang ia akan menjadi ‘kudis’ dalam kalangan pelajar,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Dun Perlis di sini hari ini. – K! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI