fbpx

4 tahun tak sentuh gaji, guna duit suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu terkejut apabila mendapati wang gajinya yang terkumpul berjumlah 161.5 juta rupiah (RM47,000). – Pexels

JAKARTA – Seorang wanita menjadi perhatian netizen kerana berkongsi mengenai jumlah wang gajinya selama empat tahun yang jarang ‘disentuh’ kerana sering menggunakan duit belanja pemberian suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita tersebut mengakui amat jarang menggunakan wang gaji tersebut sehingga menjadikan jumlahnya meningkat kepada 161.5 juta rupiah (RM47,000).

Menurut wanita tersebut, dia secara tiba-tiba berasa ingin memeriksa jumlah wang simpanan gajinya itu menerusi aplikasi perbankan mudah alih.

Dia bagaimanapun terkejut apabila melihat jumlah wang simpanannya itu mencecah 161.5 juta rupiah (RM47,000).

“Saya teruja untuk memeriksa wang simpanan menerusi perbankan mudah alih bagi gaji yang tidak pernah diambil selama empat tahun ini. Ternyata, inilah hasilnya,” katanya dalam keterangan pada video tersebut.

Tambah wanita itu, dia mengakui wang gajinya itu berjaya dikumpul kerana sering diberi wang belanja oleh suaminya.

“Selama ini, saya sering diberi duit belanja oleh suami. Jadi, duit gaji sendiri saya jarang ambil,” ujarnya.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang memuji sikap suami wanita berkenaan yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

“Itu tandanya suami anda berjaya memenuhi keperluan dan nafkah anda dengan baik. Jadi, wang hasil gaji sendiri dapat disimpan,” komen seorang pengguna.

“Nampaknya, bukannya saya tidak mempunyai wang, cuma belum ada yang memberi nafkah,” kata seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI