fbpx

41 guru di Melaka enggan divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Effandi (kanan) mendedahkan data JPN negeri berhubung keengganan 41 guru di Melaka yang menerima suntikan vaksin.

MELAKA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka mendedahkan data seramai 41 guru di negeri ini dikesan menolak suntikan vaksin Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, jumlah tersebut melibatkan guru yang mengajar di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).

Jelasnya, bagaimanapun mengikut peratusan jumlah tersebut mewakili hanya 0.2 peratus daripada keseluruhan guru di Melaka iaitu seramai 13,800 tenaga pengajar.

“Mengikut data JPN Melaka, terdapat 41 guru SK dan SMK yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Jumlah itu bagaimanapun mewakili 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan, manakala 94 peratus guru di Melaka telahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2020 yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali di pejabatnya, di sini, hari ini.

Tambahnya, kira-kira 479 guru pula akan menerima suntikan dos pertama dalam masa terdekat mengikut giliran janji temu ditetapkan.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, susulan penolakan itu, pihaknya bersama JPN negeri akan mengadakan satu sesi libat urus bersama-sama guru yang dikenal pasti. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI