fbpx

Jangan sorok, simpan data kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Data sebenar kematian Covid-19 di Selangor perlu diumumkan bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai di negeri ini.

Azmizam Zaman Huri (PH-Pelabuhan Klang) berkata, ini berikutan apabila data yang diperoleh daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dengan jumlah pengurusan jenazah Covid-19 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berlainan seterusnya mencetuskan suasana kelam kabut di kawasan atau daerah Klang dan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Kalau tengok angka sebanyak 357 jenazah diuruskan oleh JAIS manakala pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinaungi saya dan tidak diiktiraf JAIS sejak 18 Mei lalu adalah sebanyak 91 jenazah. Kalau campur menjadi 448 jenazah. Kenapa data saya dapat dari laman web atau Facebook rasmi JKNS menunjukkan baharu ada 226 angka kematian Julai hingga 10 Ogos lalu.

“Jadi timbul berkaitan data itu sama ada saya boleh percaya ke tidak atau pun ada penjelasan tidak jelas dalam laporan data ini. Justeru, saya minta Seri Serdang (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud) periksa semula dengan JKNS.

“Jangan sorok data, jangan simpan fakta. Declare (umumkan) atau mungkin ada pecahan jenis-jenis kematian tetapi terpaksa diuruskan sebagai jenazah covid-19,” katanya pada sesi perbahasan pergulungan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau memberitahu, perbezaan data itu seterusnya boleh menyukarkan jumlah sebenar peruntukkan perlu disalurkan bagi bantuan khairat kematian sebanyak RM1,500 yang disediakan oleh kerajaan.

Azmizam turut menggesa kajian semula tanah perkuburan berpusat bagi jenazah Covid-19 di Selangor bagi mengelakkan sebarang kemungkinan termasuk keluasan yang tidak cukup bagi kemudian hari.

“Tanah perkuburan Selat Klang contohnya apabila tapak baru dibuka pada 17 Julai dalam masa 11 hari sudah ada 95 jenazah dan ditambah dengan jenazah diuruskan JAIS sudah sampai 300,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI