fbpx

Exco Kesihatan Kedah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohd. Hayati.

ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman disahkan positif Covid-19 selepas pulang daripada menjalankan misi bantuan dan kemanusiaan di kawasan terjejas fenomena aliran puing di Gunung Jerai, Yan dekat sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Hayati, beliau hadir ke Yan pada Sabtu lalu bagi menjalankan misi bantuan selain membantu membersihkan rumah penduduk terjejas.

Katanya, ketika itu segala prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi termasuk makan secara berasingan dan mengamalkan pemakaian pelitup muka sepanjang masa.

“Tetapi pada hari Ahad saya mula batuk diikuti demam pada Isnin. Apabila diperiksa, saya disahkan positif Covid-19 bersama isteri.

“Namun Alhamdulillah kami sudah melengkapkan dua dos vaksin dan sekadar bergejala ringan iaitu hanya berada di kategori dua Covid-19. Tak pastilah sama ada saya dijangkiti di Yan atau di tempat-tempat lain sebelum itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, keadaannya kini semakin baik dengan tahap oksigen antara 96 dan 97 peratus.

“Jujurnya, saya tak pasti di mana saya dijangkiti. Semasa pergi ke Yan tempoh hari, memang ada orang yang datang dari luar bersama saya tetapi mereka juga nampak sihat dan ceria tanpa ada sebarang tanda penyakit.

“Disebabkan itu, saya amat mengharapkan semua pihak terutamanya mereka yang menjalankan misi bantuan di kawasan terjejas supaya tidak sekali-kali mengabaikan SOP,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI