fbpx

Sabah dapat 180,000 dos vaksin Cansino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan memberitahu pihaknya telah menghantar sebanyak 180,000 dos vaksin jenis Cansino ke Sabah sebagai usaha membantu negeri itu mencapai imuniti berkelompok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin yang perlu diambil satu dos itu sahaja diserahkan kepada kerajaan Sabah baru-baru ini.

“Ingin dimaklumkan sejumlah 180,000 dos vaksin satu suntikan Cansino telahpun dihantar ke Sabah.

“Diharapkan vaksin Cansino dapat mempercepatkan dan memudahkan liputan vaksinisasi khususnya di kawasan pedalaman dan kumpulan sasar yang telah dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI