fbpx

Lans koperal mengaku tak bersalah makan suap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis berpangkat Lans Koperal (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah bernilai RM2,000 kononnya bagi menyelesaikan kes tangkapan seorang lelaki, dua tahun lalu.

Tertuduh, Kamalruzaman Mohd Sanusi, 34, yang ketika kejadian bertugas di Bahagian Pusat Indentifikasi Forensik Setempat (PIFOS) Data Bank DNA (D13) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Madihah Harullah.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara rasuah menerima suapan bernilai RM1,000 daripada Mohd. Faizal Abdul Hamid sebagai dorongan di mana tertuduh sebagai penjawat awam kononnya boleh membantu menyelesaikan kes tangkapan individu terbabit.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman College Heights, Sikamat di sini pada 16 Januari 2019.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dikenakan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara rasuah bersetuju menerima wang tunai juga RM1,000 daripada individu sama.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar sebuah kedai kain di Senawang di sini pada 18 Januari 2019. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI