fbpx

Padah bersauh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal kargo berdaftar di Kuching, Sarawak yang ditahan disyaki bersauh secara haram di perairan Johor timur, pagi semalam. /FOTO IHSAN APMM

KOTA TINGGI – Meskipun berdepan dengan keadaan cuaca buruk, ia sekalipun tidak mematahkan semangat pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) apabila berjaya menahan sebuah kapal kargo yang disyaki bersauh secara haram di perairan Johor timur pagi semalam.

Pengarah APMM Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal kargo berdaftar di Kuching, Sarawak itu ditahan di kedudukan 3.8 batu nautika tenggara Tanjung Punggai pada pukul 9.10 pagi.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati kapal kargo tersebut dikendalikan 12 kru warga tempatan dan Indonesia berumur antara 30 hingga 70 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kapal kargo tersebut didapati telah bersauh di perairan ini sejak 24 Ogos dan nakhoda kapal juga telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia.

“Kapal serta kesemua kru telah ditahan, manakala nakhoda dan ketua jurutera kapal dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut bagi kesalahan dibawah Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran.

“Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, jelas beliau, sejak Januari 2021 sehingga kini, APMM Negeri Johor telah menahan sebanyak 90 buah kapal di bawah kesalahan bersauh tanpa kebenaran. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI