fbpx

Tiga individu langgar SOP dikompaun RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azli

LIPIS – Gara-gara leka berkumpul dan berbual di batu penghadang sempadan daerah, dua lelaki dan seorang wanita dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Azli Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu anggota polis yang melakukan rondaan ternampak tiga individu sedang berkumpul dan berbual di hadapan batu penghadang jalan sempadan daerah Lipis dan Raub tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Polis telah mendekati dua lelaki berusia 31 tahun dan seorang wanita berusia 43 tahun berkenaan yang tidak menyedari kehadiran anggota (polis) kerana leka berbual.

“Polis telah memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa polis lalu menahan mereka kerana berkumpul tanpa alasan yang munasabah termasuk gagal memastikan penjarakan fizikal,” katanya hari ini.

Menurutnya ketiga-tiga suspek dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500 di bawah Peraturan 16(1) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalamKawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021.

Dalam pada itu, Azli berkata, pihak polis akan terus melakukan pemantauan di seluruh daerah dan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi SOP.

“Semasa tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) orang ramai perlu mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara termasuk peraturan keselamatan tertentu ketika berurusan di luar.

“Kerjasama orang ramai amat wajar dalam usaha membantu kerajaan mempercepatkan pemulihan daripada ancaman wabak Covid-19,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI