LUMUT – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut apabila bot dinaikinya berlanggar dengan sebuah bot lain di Selat Dinding kira-kira tiga batu nautika dari pantai dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, bot dinaiki mangsa, V Subramaniam, 50, bersama isteri dan seorang anak lelakinya dari Kampung Bharu, Sitiawan, menuju ke perairan Pulau Pangkor.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Khairul Azizi Kamaruddin berkata, malangnya bot mangsa bertembung dengan bot dinaiki lima lelaki yang keluar memancing.
Katanya, akibat pelanggaran berhampiran jeti sebuah kilang tepung di situ, bot dinaiki lima pemancing terbalik lalu kesemuanya terjatuh ke dalam laut.
“Bot mangsa bagaimana pun tidak terbalik tetapi lelaki itu terjatuh ke dalam sungai.
“Kelima-lima pemancing itu berjaya diselamatkan oleh nelayan berhampiran serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk diberikan rawatan.
“Mangsa yang difahamkan tidak memakai jaket keselamatan gagal ditemui.” ujarnya ketika dihubungi.
Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.25 malam. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929