KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mempersembahkan senarai nama jemaah Kabinet baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.
Ismail Sabri dikatakan akan menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Abdulaziz di Indera Mahkota di sini bagi mendapat perkenan baginda.
Pada 23 Ogos lalu Perdana Menteri menyatakan akan mengumumkan barisan menteri Kabinet kerajaan baharu pada minggu ini selepas mempersembahkan senarai nama kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.
Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Sabtu lalu selepas Istana Negara menerima pencalonan nama bakal Perdana Menteri daripada 220 ahli Parlimen menerusi surat akuan.
Mengikut surat akuan berkenaan, seramai 114 ahli Dewan Rakyat mencalonkan Ismail Sabri menyaksikan beliau memperoleh jumlah majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929