fbpx

1,000 kg makanan tambahan haiwan China dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan makanan tambahan haiwan dari China yang dirampas Maqis Selangor.

KLANG – Cubaan sebuah syarikat tempatan membawa masuk 1,000 kilogram (kg) makanan tambahan haiwan tanpa permit import gagal selepas ditahan pihak berkuasa di Pelabuhan Utara, dekat sini semalam.

Barangan dari China berjumlah RM28,521.24 dirampas pukul 11 pagi dipercayai diimport untuk pasaran tempatan.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor berkata, berdasarkan semakan mendapati kesemua barangan itu telah tiba di pelabuhan tersebut sejak 11 Ogos lalu.

Katanya, siasatan turut mendapati ini adalah kesalahan pertama dilakukan syarikat tersebut yang telah didaftarkan hampir empat tahun lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang dokumen seperti permit import dikemukakan terhadap produk tersebut.

“Perbuatan mengimport apa juga jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada Maqis merupakan kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maqis Selangor turut menjelaskan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam tahun atau didenda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali. – K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI