fbpx

Courts Malaysia fokus vaksin pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bagi memastikan semua premisnya selamat kepada pelanggan, peneraju jualan barang elektrik, teknologi maklumat (IT) dan perabot terkemuka, Courts Malaysia kini sedang giat menjalankan program vaksinasi ke atas pekerjanya.

Ketua Pegawai Esekutif Courts Malaysia, Harry Higashiura berkata program tersebut dijalankan menerusi Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang dikendalikan oleh Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurut Higashiura, RiVAC juga diharap dapat membantu mempercepat program vaksinasi ke atas pekerja di sektor peruncitan dengan sasaran kira-kira 80 peratus individu divaksin sebelum imuniti kelompok dapat dicapai.

“Apabila KPDNHEP membenarkan pekerja bahagian peruncitan diutamakan dalam program vaksinasi, Courts Malaysia telah menjalankan kempen dalaman dengan meminta semua pekerja mendaftar vaksin secara sukarela.

“Selain itu, peningkatan kes membabitkan Varian Delta baru-baru ini juga telah mendorong syarikat untuk menggalakkan semua pekerja mendapatkan vaksin supaya dapat melindungi diri mereka, keluarga dan juga rakan sekerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Higashiura berkata, Courts Malaysia sedang bekerja rapat dengan pihak berkepentingan untuk memastikan pekerja yang berada di barisan hadapan diberi vaksin secepat mungkin terutamanya selepas premis dibenarkan beroperasi semula.

“Kita (Courts Malaysia) hanya membenarkan pekerja yang telah lengkap divaksinasi sahaja bekerja dipremis dan mereka akan dipakaikan dengan lencana khas sebagai tanda mereka telah divaksinasi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI