fbpx

Pemimpin tertinggi Amanah Selangor bakal sertai Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yunus (tengah) bersama kepimpinan Pas Selangor ketika mengumumkan seorang pemimpin Amanah akan keluar parti esok

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

SHAH ALAM – Seorang pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor dilaporkan bakal menyertai semula Pas, esok.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Yunus Khairi menegaskan, pihaknya tidak boleh mendedahkan identiti pemimpin berkenaan sehingga pengumuman dibuat oleh individu tersebut.

“Namun beliau bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebaliknya seorang figura yang cukup terkenal di negeri ini.

“Esok jika diizinkan Allah pengumuman akan dibuat oleh rakan baru kita itu, mereka bertukar angin daripada Amanah kepada Pas,” katanya pada sidang akhbar ketika Majlis Hi-Tea Bersama Media di Pejabat Pas Selangor di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Selangor, Shafie Ngah, Ketua Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan, Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir dan beberapa kepimpinan Pas Selangor yang lain.

Mengulas lanjut, Yunus berkata, tindakan individu itu merupakan petanda telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan dan juga parti mereka sendiri.

“Tindakan keluar daripada Amanah itu bermula di Perak, apabila beberapa pemimpinnya nekad keluar parti dan disusuli negeri lain termasuk Johor.

“Kemasukan tokoh berkenaan akan memberi impak kepada Pas Selangor dan yakin lebih ramai pemimpin amanah akan kembali ke pangkuan Pas secara berperingkat,” jelasnya.

Terdahulu, beberapa ADUN daripada Amanah mengumumkan peletakan jawatan, antaranya ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain diikuti ADUN Sabak, Ahmad Mustain Othman dan ADUN Serom, Dr Faizul Amri Adnan selepas didakwa tidak berpuashati dengan kepimpinan parti berkenaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI