fbpx

Susu ibu yang lengkap divaksinasi mengandungi antibodi melawan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antibodi daripada ibu dipindahkan kepada bayi melalui susu badan. - Centra State Medical Centre

GAINESVILLE, FLORIDA – Sekumpulan saintis di Amerika Syarikat (AS) percaya bahawa antibodi melawan Covid-19 adalah 100 kali lebih banyak dipindahkan kepada bayi menerusi susu ibu bagi wanita yang telah menerima suntikan lengkap vaksinasi, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Menurut kajian dijalankan oleh Universiti Florida itu, ibu yang divaksin penuh akan memindahkan sehingga 100 kali lebih antibodi perlindungan kepada bayi yang sedia maklum tidak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Bayi baru lahir mempunyai sistem imunisasi yang rendah, menjadikan mereka sukar melawan jangkitan dan penyakit.

Untuk tempoh itu, bayi bergantung kepada susu ibu yang mengandungi perlindungan diperlukan terhadap pelbagai jenis penyakit.

Dalam kajian yang dijalankan pada Disember tahun lepas hingga Mac lalu ketika vaksin Pfizer dan Moderna mula diberikan kepada petugas kesihatan di AS, para penyelidik mengambil sampel susu ibu daripada  21 orang petugas kesihatan yang tidak pernah dijangkiti Covid-19.

Sampel darah dan susu ibu diambil sebanyak tiga kali iaitu sebelum diberi vaksin, selepas dos pertama dan selepas dos kedua.

“Kami melihat tindak balas antibodi yang tinggi dalam darah dan susu ibu selepas dos kedua iaitu kira-kira 100 kali ganda berbanding sebelum vaksinasi,” kata pelajar kedoktoran yang juga penulis kajian, Lauren Stafford.

Selain itu, pasukan penyelidik turut mendapati antibodi daripada vaksin Covid-19 turut dipindahkan daripada ibu kepada bayi menerusi susu badan.

“Anggaplah susu ibu sebagai satu kotak yang mengandungi pelbagai alatan yang menyiapkan bayi untuk kehidupan mereka.

“Vaksin menambah satu lagi alat ke dalam kotak tersebut yang mempunyai potensi yang baik untuk mencegah Covid-19,” kata penyelidik bersama kajian tersebut, Profesor Josef Neu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI