fbpx

Rasa macam mimpi, Agong serah kunci rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (kiri) bersama Nur Hasnah Md Yunos dan Tengku Hassanal (kanan) bergambar di hadapan kediaman kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Kampung Acheh, di Pekan hari ini. Foto: SHEIKH AHMAD RAZIF

PEKAN – “Rasa macam bermimpi kerana akhirnya impian memiliki kediaman selesa menjadi kenyataan selepas 16 minggu menunggu,”demikian luahan Mohd. Khanafiah Abu Bakar.

Beliau sangat berbesar hati apabila penyerahan kunci kediaman itu di Kampung Tanjung Pulai, dekat sini, disempurnakan sendiri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Kediaman setingkat berkeluasan kira-kira 660 kaki persegi itu adalah antara kurniaan Al-Sultan Abdullah melalui Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) bagi mangsa banjir di Pahang.

Mohd. Khanafiah, 52, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam pembinaan kediaman berkenaan sejak bulan Februari lalu, selepas kediaman asalnya rosak teruk akibat banjir awal tahun ini.

Dia memaklumkan akan berpindah ke kediaman baharu itu secepat mungkin selepas terpaksa menumpang di rumah saudaranya sejak tujuh bulan lalu.

Selain kediaman Mohd. Khanafiah di Kampung Tanjung Pulai, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyerahkan kunci kediaman kepada seorang lagi penerima, Nur Hasnah Md Yunos di Kampung Acheh.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut meluangkan masa mengunjungi dan mengurniakan sumbangan kepada sembilan keluarga sekitar Kampung Tanjung Pulai dan Kampung Acheh. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI