KUALA LUMPUR – Satu sindiket pemalsuan dokumen perjalanan seperti visa dan pasport negara asing akhirnya tumpas dengan penahanan tiga lelaki warga Pakistan yang disyaki dalang di Lembah Klang, baru-baru ini.
Tiga suspek berusia 32 hingga 56 tahun itu ditahan dalam operasi khas oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tangkapan ke atas suspek dibuat pada 16 dan 17 Ogos lalu di Setapak dan Seri Kembangan, Selangor.
“Dua suspek ditahan semasa melakukan transaksi penyerahan dokumen itu di dalam sebuah kereta di Setapak.
“Mereka (suspek) kemudian membawa pasukan operasi ke sebuah kawasan perumahan mewah di Taman Mesra, Seri Kembangan.
“Hasil pemeriksaan, kita menahan seorang lelaki yang disyaki ‘maker’ atau pembuat dokumen palsu kepada sindiket terbabit,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Sindiket tersebut menggunakan modus operandi dengan menyewa premis di kawasan perumahan mewah sebagai markas bagi mengelakkan dihidu pihak berkuasa. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929