fbpx

8 bulan dibuai cinta palsu, wanita rugi lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima suspek diberkas di Cheras, Kuala Lumpur selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan love scam melibatkan kerugian RM1.015 juta.

JOHOR BAHRU – Terpedaya dengan ayat-ayat manis sehingga hanyut dibuai cinta palsu, seorang warga emas mengalami kerugian lebih RM1 juta ditipu sindiket penipuan ‘love scam’.

Wanita berusia 60-an itu dipercayai terjerat dengan sindiket penipuan itu selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang menyamar dan menawarkan perhatian cinta menerusi laman sosial sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, sindiket terbabit memperdaya mangsa sehingga memasukkan duit kira-kira RM1.015 juta.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket penipuan ‘love scam’ (parcel) itu akhirnya kecundang susulan penahanan lima individu termasuk dua wanita warga asing dalam tiga siri serbuan dilakukan di Cheras dan Kuala Lumpur, kelmarin.

“Dalam serbuan pukul 6 petang itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bersama Bahagian Risikan JSJK Bukit Aman.

“Lima individu yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warganegara asing serta seorang wanita tempatan berusia lingkungan 22 hingga 48 tahun.

“Dengan tumpasnya sindiket penipuan itu, polis telah berjaya menyelesaikan kes melibatkan mangsa seorang wanita tempatan dengan kerugian lebih RM1 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN