fbpx

Pakar hasilkan ubat baharu rawat Covid-19, hapus penyakit jangkitan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan perubatan percaya molekul sintetik kecil mampu melawan koronavirus dan penyakit berjangkit yang lain -Getty Images

STANFORD, CALIFORNIA – Sepasukan doktor di Amerika Syarikat percaya bahawa mereka telah menghasilkan sejenis ubat baharu yang berpotensi menyembuhkan virus Covid-19 dan dalam masa sama, menghapuskan penyakit jangkitan seksual, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Penyakit Herpes berjaya dirawat pada tikus dengan ubat baharu itu yang disifatkan oleh pasukan doktor dari Universiti Stanford itu sebagai menyamai protein pada sistem imunisasi tubuh.

Selain itu, mereka turut percaya bahawa molekul sintetik kecil juga mampu melawan koronavirus dan penyakit berjangkit yang lain.

Tambah mereka, vaksin sahaja tidak mencukupi untuk mengatasi pandemik, sebaliknya terapi antivirus adalah sama penting dalam memerangi Covid-19.

“Dalam tubuh manusia, peptida antimikrob seperti LL-37 membantu untuk mengawal virus, bakteria, kulat, sel kanser dan parasit dalam badan.

“Peptoid juga mudah dihasilkan. Tidak seperti peptida, peptoid tidak mudah dikurangkan oleh enzim, maka ia boleh digunakan dalam dos yang rendah,” kata penyelidik utama kajian tersebut, Dr. Annelise Barron. 

Ubat tersebut berkemungkinan akan diberikan kepada penumpang pesawat sebelum menaiki penerbangan bagi melindungi mereka daripada virus Covid-19.

Kelulusan bagi percubaan klinikal dijangka diberikan dalam tempoh beberapa bulan lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI