fbpx

Nelayan Vietnam tenggelam bot sendiri lupus bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 111 nelayan Vietnam yang ditahan APMM di perairan Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Nelayan Vietnam kini sanggup menenggelamkan bot mereka bagi melupuskan bukti mencuri hasil laut negara.

Itu yang dilakukan nelayan warga asing tersebut selepas ditahan penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam Operasi Kuda Laut selama dua dari di perairan Kemaman dekat sini berakhir hari ini.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Amran Daud berkata, satu daripada sembilan bot nelayan Vietnam yang ditahan dalam operasi itu telah dibocorkan sehingga menyebabkan ia karam pasa kedudukan 30 batu nautika dari Kuala Kemaman dekat sini pada pukul 3.34 pagi tadi.

“Nasib baik tiga anggota penguat kuasa APMM dan dua nelayan asing yang berada di atas bot tersebut berjaya diselamatkan.

“Kita percaya ia merupakan perbuatan sabotaj nelayan Vietnam itu sendiri bertujuan untuk melupuskan bukti bagi mengelak hukuman lebih berat,” katanya pada sidang akhbar di Markas Maritim Kemaman dekat sini hari ini.

Amran berkata, perbuatan menenggelamkan bot nelayan sendiri merupakan taktik terbaharu nelayan Vietnam yang belum pernah dikesan di perairan Pantai Timur sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu 111 nelayan Vietnam berusia dalam lingkungan 17 hingga 56 tahun telah berjaya ditahan dalam operasi berkenaan.

“Kesemua sembilan bot nelayan asing berkenaan telah ditahan di sekitar 68 hingga 147 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman.

“Sebanyak 15 tan metrik ikan, 10,000 liter diesel, peralatan menangkap ikan dan lapan bot nelayan juga telah dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM10 juta,” katanya.

Amran berkata, pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak memiliki dokumen perjalanan dan lesen menangkap ikan yang sah dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI