fbpx

‘Raikan Malaysia Kita’ ceriakan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penonton juga boleh berkongsi kisah-kisah rakyat Malaysia yang memberikan inspirasi buat mereka.

PETALING JAYA – Kisah empat rakyat Malaysia yang digabungkan melalui filem animasi yang dihasilkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjudul, ‘Raikan Malaysia Kita’ dijangka bakal menceriakan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Kisah animasi yang menceritakan mengenai kisah empat rakyat Malaysia; Ridzuan Jamal, Ong Yong Xun, Paramesvary Munumsamy dan Nazirah Abd Rahman yang bukan sahaja berusaha untuk mengatasi cabaran ketika pandemik Covid-19, namun turut membantu orang lain.

Ketua Komunikasi Korporat TNB, Shukreen Ma berkata, filem animasi tersebut bakal menceriakan sambutan Hari Kebangsaan kali ini dengan tenaga positif yang dipamerkan rakyat Malaysia dalam mengharungi cabaran.

“Di TNB, kami dipandu oleh matlamat “Better World Brighter Lives” yang menerapkan tenaga positif dalam apa jua perkara yang kami lakukan.

“Filem ini bertepatan dengan satu daripada nilai teras kami di TNB iaitu prihatin kerana ia mengetengahkan bagaimana rakyat Malaysia mengatasi cabaran demi menyinari kehidupan orang lain ketika pandemik ini,” jelasnya.

Tambah Shukreen, kisah-kisah ini membuktikan rakyat Malaysia sememangnya berjiwa besar, berazam tinggi dan baik hati. Walaupun berdepan dengan keadaan yang mencabar, mereka tetap menampilkan tenaga positif untuk mengatasi cabaran demi menyinari kehidupan orang lain.

“Ketika waktu yang mencabar ini, kisah-kisah yang memberikan inspirasi buat rakyat Malaysia ini akan menjadi tauladan kepada masyarakat sekeliling,” tambah Shukreen.

Filem ‘Raikan Malaysia Kita’ mula ditayangkan pada 24 Ogos YouTube (www.youtube.com/TENAGAofficial). Penonton juga boleh berkongsi kisah-kisah rakyat Malaysia yang memberikan inspirasi buat mereka.

Menariknya, kisah yang dihantar menggunakan tanda pagar #RaikanMalaysiaKita akan dipilih dan diterbitkan dalam bentuk animasi sempena Hari Malaysia ini.

Penonton boleh menonton kisah mereka di akaun Instagram TNB https://www.instagram.com/tenaga_nasional/) mulai 16 September 2021. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI