PUTRAJAYA- Pegawai-pegawai syariah wanita di negara ini dan rantau nusantara diseru agar sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi dalam proses penyampaian perkhidmatan dalam bidang perundangan dan kehakiman syariah.
Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar ketika berucap merasmikan Seminar Perundangan dan Kehakiman Syariah Wanita Nusantara 2021 berkata, program itu juga dijangka dapat membuka ruang kepada pegawai wanita untuk meneroka peranan dan berkongsi cabaran sepanjang keterlibatan dalam bidang perundangan dan kehakiman syariah.
“Objektif seminar juga meneliti prospek kerjaya pegawai wanita dalam bidang perundangan dan kehakiman syariah selain mengupas isu-isu semasa melibatkan wanita dan kanak-kanak serta menilai kembali undang-undang serta peraturan yang diaplikasikan bagi isu-isu terbabit,” katanya.
Seminar secara dalam talian itu bertemakan ‘Wanita: Isu-Isu Semasa Perundangan Dan Kehakiman Syariah’ dan julung kali diadakan sejak dua dekad penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929