fbpx

Majoriti OKU tidak takut disuntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ras Adiba (kanan) melihat seorang warga emas menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Arena Larkin, Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Majoriti golongan orang kurang upaya (OKU) tidak takut untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana mereka menyedari ia adalah satu bentuk ikhtiar hidup dalam melawan wabak berkenaan.

Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Ras Adiba Radzi berkata, hal itu kerana rata-rata daripada mereka telah biasa menerima ubatan termasuklah dalam bentuk suntikan.

“Walaupun buat waktu ini kami masih tidak mempunyai statistik berapa ramai individu OKU yang telah menerima vaksin, namun majoriti daripadanya tidak menolak untuk disuntik.

“Majoriti golongan OKU tidak menolak vaksin Covid-19 kerana kami sudah biasa menerima rawatan termasuk suntikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Arena Larkin, di sini hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman dan Pengarah Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Khairun Ahmad.

Tambah Ras Adiba lagi, setakat hari ini dianggarkan seramai 600,000 golongan OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

“Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan sejumlah 15 peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara adalah individu dalam kalangan OKU.

“Jika benar statistik berkenaan, dianggarkan terdapat lebih 4 juta warganegara ini yang merupakan individu OKU, namun kita tiada jumlah tepat,” ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI