fbpx

Pelancongan di Kelantan rugi RM2.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan bersidang pada hari ketiga di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Industri pelancongan di Kelantan mengalami kerugian mencecah RM2.6 bilion ekoran penyusutan jumlah lebih 2.5 juta pelawat sepanjang tahun lalu akibat penularan jangkitan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Kelantan, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Ab Rahman berkata, angka itu merupakan statistik terkini dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

“Pandemik menyebabkan pelancong yang masuk ke negeri ini berkurangan akibat pergerakan yang dihadkan dan ia memberi impak besar kepada pelancongan.

“Kerugian dialami industri pelancongan di seluruh negara seperti dianggarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pula dilaporkan mencecah 45 bilion tahun lalu,” katanya.

Md. Anizam berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd. Syahbuddin Hashim (UMNO-Galas) berkaitan impak pandemik Covid-19 terhadap pelancongan negeri pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Md. Anizam berkata, kerajaan telah mengatur beberapa bantuan kepada pemain industri membabitkan peruntukan sebanyak RM724,750. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI