fbpx

Jurujual rugi RM46,000 diperdaya kenalan Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang jurujual wanita kerugian wang hampir RM46,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan tukaran wang asing baru-baru ini.

Mangsa berusia 28 tahun itu dikatakan terjerumus dalam penipuan berkenaan selepas berkenalan dengan seorang individu di laman sosial Facebook pada pertengahan Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa dan suspek telah berhubung melalui aplikasi Messenger di Facebook sebelum bertukar-tukar nombor telefon dan berhubung menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, mangsa yang semakin meletakkan kepercayaan kepada suspek kemudiannya ditawarkan menyertai pelaburan Forex yang akan didagangkan sendiri oleh suspek melalui aplikasi Cainvest.

“Dia dijanjikan keuntungan tinggi beserta pulangan modal dan mangsa telah bersetuju dengan tawaran itu.

“Wanita tersebut kemudiannya membuat sembilan transaksi pindahan wang berjumlah RM45,979 ke dalam lima akaun bank tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa bagaimanapun menyedari dirinya ditipu selepas suspek gagal dihubungi dan aplikasi Cainvest yang digunakan untuk melihat aktiviti dagangan tukaran wang asing juga telah dinyah aktif.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI