fbpx

Pemilik syarikat teksi bergelar Datuk dikenakan waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang pemilik syarikat teksi bergelar Datuk dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas gagal menghadirkan atas pertuduhan kes rasuah dihadapinya hari ini.

Hakim Rozilah Salleh memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan memandangkan tertuduh sudah menerima sendiri makluman mengenai pertuduhan kes yang difailkan terhadapnya pada Isnin lalu.

“Permohonan waran tangkap dibenarkan terhadap tertuduh. Saya mahu ‘update’ status MySejahtera, ada surat daripada KKM dan hospital kerana sijil cuti sakit ini tidak mencukupi.

“Mahkamah mahukan maklumat kesihatan terkini tertuduh dan tempoh dua minggu cukup untuknya menyerah diri,” katanya.

Terdahulu pada prosiding itu, Peguam Putri Aisyah Zahirah Zakrya mewakili tertuduh memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir kerana dijangkiti Covid-19 pada 3 hingga 11 Ogos lalu.

Aisyah menambah, anak guamnya itu juga mempunyai pelbagai penyakit termasuk kanser kolon, buah pinggang kronik dan darah tinggi juga baru dibenarkan pulang daripada Hospital Prince Court semalam dan memperoleh cuti sakit sehingga 6 September akan datang.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fadhli Ab. Wahab menegaskan tertuduh sudah dimaklumkan mengenai pertuduhan hari ini kelmarin dan menerima serta menandatangani surat berkenaan.

“Semasa penyerahan notis kepada tertuduh, dia dalam keadaan baik dan sijil cuti sakit ini tidak ada dan ia diterima selepas pemfailan dibuat.

“Tertuduh turut menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu dan beliau tidak dapat hadir kerana positif Covid-19 dan kes itu akan disebut pada Jumaat ini,” katanya dengan Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 9 September depan.-K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI