fbpx

Tiada kes bunuh diri dicatatkan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Izani Husin.- Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Tiada kes bunuh diri dicatatkan di Kelantan sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara sejak lebih setahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, ia berikutan tahap kesihatan rakyat di negeri ini dalam keadaan baik.

Menurutnya, setakat ini, hanya 30 orang iaitu 0.07 peratus yang terkesan semasa Covid-19 dan memerlukan rujukan pakar psikiatri di negeri ini.

“Pengurusan kesihatan mental pesakit Covid-19, kontak pesakit dan petugas semasa pendemik di negeri ini diselaraskan melalui Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental Dan Psikososial, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

“Sejak Mac 2020 sehingga 31 Julai lalu, seramai 44,003 tele-Psikososial telah dilakukan kepada pesakit dan kontak pesakit Covid-19. Daripada jumlah itu, hanya 30 orang sahaja yang memerlukan rujukan kepada pakar psikiatri dan tiada kes bunuh diri dilaporkan,” katanya.

Izani (Pas-Kijang) berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (UMNO-Kok Lanas) pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Izani berkata, penyakit mental juga terdiri daripada pelbagai kategori termasuk tekanan perasaan, skizofrenia dan bipolar yang memerlukan ubat-ubatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI