fbpx

PPV UPSI bantu percepatkan vaksinasi komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Husaini (tengah) diberi taklimat ketika melakukan tinjauan ke PPV UPSI di Kompleks Akademik, Kampus Sultan Azlan Shah, di sini.

TANJUNG MALIM – Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada orang ramai diharap dapat membantu meningkatkan imuniti kelompok.

PPV UPSI beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang melalui temu janji aplikasi MySejahtera sahaja.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar berkata, ia memulakan operasinya dengan pemberian 200 dos suntikan setiap hari sekali gus dapat mempercepatkan vaksinasi awam.

“Saya gembira apabila dimaklumkan pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKAV) telah meluluskan permohonan mewujudkan PPV di UPSI.

“Sungguhpun dikenali sebagai pusat pengajian bertunjangkan pendidikan, UPSI turut memainkan peranannya membantu negara dalam keperluan semasa pandemik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, seramai 60 orang sukarelawan ditugaskan membantu melancarkan operasi PPV berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI