fbpx

Bos CIA jumpa pemimpin Taliban secara rahsia di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BURNS memberi penerangan kepada Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan mengenai ancaman global di Capitol Hill, Washington pada 15 April lalu. - AFP

WASHINGTON – Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns mengadakan pertemuan rahsia di Kabul dengan pengasas bersama Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar, lapor akhbar Washington Post hari ini.

Pertemuan mereka  semalam,  sekiranya disahkan, adalah pertemuan peringkat tertinggi  antara kumpulan Islam tersebut dan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sejak Taliban kembali berkuasa di Afghanistan.

Burns adalah salah seorang diplomat Biden yang paling berpengalaman, manakala Mullah Ghani  yang mengetuai pejabat politik Taliban di Qatar, adalah salah seorang  pemimpin tertinggi kumpulan tersebut yang telah mengambil alih kekuasaan di Kabul.

Seorang jurucakap CIA tidak mahu mengesahkan kebenaran pertemuan itu kepada agensi berita  AFP dan berkata, CIA tidak pernah membincangkan perjalanan pengarahnya.

The Washington Post  menyebut pegawai AS tidak didedahkan identitinya sebagai sumber yang mendedahkan pertemuan itu, namun dia  tidak memberitahu mengenai  isi perbincangan mereka.

Akhbar sama bagaimanapun menyebut tentang kemungkinan rundingan berkisar mengenai tarikh akhir untuk tentera AS menyelesaikan operasi pemindahan di lapangan terbang  Kabul di mana beribu-ribu pelarian Afghanistan berkumpul dengan harapan dapat meninggalkan negara itu.

Biden telah menetapkan tarikh akhir 31 Ogos ini untuk menyelesaikan operasi pemindahan yang huru-hara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI