PETALING JAYA – Orang ramai kini boleh melihat sendiri senarai kit ujian kendiri Covid-19 yang diberikan kelulusan bersyarat serta boleh dibeli mereka di pasaran.
Pautan bagi senarai tersebut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di akaun Twitterya hari ini.
“Berikut merupakan senarai Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat dan boleh dijual untuk keguaan orang awam,” ciap beliau.
Bagaimanapun, netizen mengeluh dengan harga kit ujian kendiri Covid-19 yang dijual mahal di pasaran.
Menurut @nella_gant87: “Harap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menurunkan serta kawal harga kit ujian kendiri secepat mungkin.
“Ini langkah penting untuk membenarkan rakyat betul-betul #KitaJagaKita,” ciapnya.
Hazim Mohtar pula berkata: “Harga terlalu yahudi (mahal) kasi murah sikitlah.”
Sementara itu, menurut Alif Ishak Ayob, dia berharap agar harga kit ujian tersebut diturunkan supaya orang ramai boleh kerap melakukan ujian terhadap diri mereka.
“Tuan, adakah harga tersebut akan diturunkan dalam masa terdekat? Sejak banyak sektor dilonggarkan, kit ujian kendiri sepatutnya dijual pada harga murah dan bersubsidi buat golongan pendapatan rendah.
“Ramai orang akan keluar, justeru itu adalah lebih baik apabila lebih ramai orang dapat melakukan ujian ke atas diri mereka dengan lebih kerap,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929