fbpx

Pantau aktiviti salah di OnlyFans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BERMULA 1 Oktober depan platform perkongsian video OnlyFans bakal menguatkuasakan sekatan terhadap kandungan lucah dalam kalangan penggunanya.

Tindakan sama ini pernah dilakukan Tumblr pada 2018 bagi menarik pelabur. OnlyFans melaksanakan perubahan garis panduan ini selepas menerima tekanan daripada bank dan rakan kongsinya.

Sejak diasaskan oleh ahli perniagaan kelahiran United Kingdom (UK), Tim Stokely pada 2016, platform tersebut berkembang pesat sehingga mempunyai 130 juta pengguna yang melanggan.

Platform itu juga turut mempunyai lebih daripada dua juta penyedia kandungan.

Menurut Bloomberg, penyedia kandungan terbabit memperolehi pendapatan melebihi RM21 bilion (AS$5 bilion) daripada pelanggannya. Daripada jumlah hasil diperolehi tersebut, OnlyFans menerima ‘faedah’ sebanyak 20 peratus.

Sebarang platform media sosial akan memberikan kebaikan kepada penggunanya. Seperti juga OnlyFans ini yang digunakan oleh pakar kecergasan, pemuzik dan pempengaruh media sosial berkongsi kandungan mereka.

Apa yang menimbulkan keresahan adalah ia dijadikan platform utama buat pekerja-pekerja seks. Pelanggan atau pengguna perlu membayar caj langganan sebulan kepada penyedia kandungan.

Dalam pada itu, New York Post melaporkan, berdasarkan satu kajian di UK mendapati pendapatan penyedia kandungan paling popular OnlyFans memperolehi pendapatan 270 kali ganda lebih banyak daripada profesion kedoktoran.

Akaun paling popular di OnlyFans, gem101 memperolehi pendapatan anggaran AS$29.4 juta (RM124 juta) setahun. Pemilik ini mengenakan caj langganan AS$29 (RM122) sebulan kepada 102,800 pelanggan atau pengikutnya.

Memetik laporan sama, sebagai perbandingan doktor yang telah berkhidmat selama 20 tahun di UK hanya memperolehi pendapatan purata AS$109,000 (RM462,051) setahun.

Di Malaysia mungkin platform ini agak janggal didengari berbanding Twitter, Tumblr, TikTok dan pelbagai lagi platform lain.

Lebih membimbangkan, aktiviti ini turut dikesan di dalam negara. Malah, ia mempunyai pengikutnya tersendiri dan menjadi ‘lubuk duit’ buat penyedia kandungan.

Kita bimbang sekiranya golongan muda kita berterusan mencipta ‘sensasi’ sebegini dan ‘berlindung’ di sebalik paywall walaupun terang-terangan menawarkan ‘persundalan’.

Kesangsian berhubung sekatan ini tetap timbul kerana perubahan garis panduan masih membenarkan perkongsian imej bogel mengikut polisi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, orang ramai serta pihak berkuasa harus memainkan peranan masing-masing. Dunia kini sudah berubah. Dahulu ibu bapa bimbang tentang aktiviti anak-anak semasa mereka berada di luar rumah.

Hari ini anak-anak bersendirian di dalam bilik tidur pun akan mendatangkan kegusaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI