fbpx

Mahkamah benar permohonan kerajaan batal saman Khairuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairuddin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula bekas penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung Proklamasi Darurat bagi mengekang penularan Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Khairuddin ketika dihubungi media di sini hari ini.

Muhammad Rafique berkata, Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas mendengar hujah pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding secara dalam talian.

“Mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan anak guam saya,” katanya.

Sehubungan dengan keputusan itu, peguam tersebut memaklumkan akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada untuk merayu terhadap keputusan itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI