fbpx

Pasar ke-10 di Seberang Perai ditutup kerana Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Awam Tasik Gelugor

SEBERANG PERAI – Dua lagi pasar awam ditutup sementara oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bermula hari ini susulan penularan pandemik Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang pernah ditutup di sini mencecah 10 buah.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, ia membabitkan Pasar Awam Tasek Gelugor yang melibatkan empat peniaga positif dan Pasar Awam Bandar Tasek Mutiara dengan lima kes positif.

Katanya, Pasar Awam Tasek Gelugor akan ditutup selama 10 hari bermula hari ini sehingga 2 September depan atau dimaklumkan kelak oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (PKD SPU) bagi membolehkan aktiviti saringan serta kerja-kerja sanitasi.

Menurut Rozali, hanya peniaga yang disahkan negatif akan dibenarkan berniaga semula dengan mengemukakan bukti saringan yang telah dibuat.

“Seramai 66 peniaga di dalam pasar, lapan penjaja luar (kawasan pasar awam) serta tujuh petugas MBSP yang bertugas di pasar awam itu (Tasek Gelugor) akan disaring.

“Sementara itu, bagi Pasar Awam Bandar Tasek Mutiara pula, penutupan operasi hanya akan dibuat selama tiga hari atau sehingga dimaklumkan semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, MBSP turut menggesa peniaga, pembantu dan orang awam yang dikenal pasti sebagai kontak rapat serta telah diminta menjalani ujian calitan supaya segera berbuat demikian dengan menghubungi PKDSPU di talian 04-5751833 bagi mendapatkan janji temu.

Sebelum ini, lapan pasar awam di Seberang Perai iaitu di Bagan Ajam, Bukit Mertajam, Chai Leng Park, Mak Mandin, Seberang Jaya, Taman Sri Rambai, Kepala Batas dan Tambun Indah terpaksa ditutup akibat penularan pandemik berkenaan sepanjang tahun ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI