fbpx

Stadium Shah Alam bakal jadi bandar sukan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin (berdiri) ketika sidang DUN Selangor hari ini

SHAH ALAM – Stadium Shah Alam di sini bakal menjadi bandar sukan Selangor pada masa depan dengan kerja-kerja baik pulih stadium akan dilaksanakan tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, keputusan tersebut dibuat setelah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengetengahkan idea tersebut supaya rakyat Selangor dapat menggunakan kemudahan yang ada di sekitar stadium tersebut.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 9 Jun lalu telah bersetuju menubuhkan Unit Projek Khas (UPK) di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi membangunkan semula Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA).

“UPK bakal bertindak sebagai pengurus projek yang bertanggungjawab bagi memastikan pembangunan KSSA dengan teratur dan komprehensif untuk menyumbang nilai dan pulangan tinggi kepada kerajaan negeri dan rakyat Selangor,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI