fbpx

Kaunter pandu lalu mudahkan urusan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusoff Abustan (dua dari kanan, depan) melepaskan kenderaan JPJ pada Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan ke-64 Peringkat JPJ Cawangan Seri Manjung, di sini, hari ini.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDDIN

LUMUT – Dijangkakan kira-kira 100 pemilik kenderaan mengambil peluang menggunakan perkhidmatan pandu lalu bagi menperbaharui cukai jalan dan lesen memandu yang diperkenalkan mulai Khamis ini.

Perkhidmatan itu dilaksanakan di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Ipoh bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan pembayaran dua perkhidmatan itu memandangkan tarikh moratorium akan tamat pada 30 September depan.

Pengarahnya, Mohammad Yusoff Abustan berkata, transaksi bagi urusan tersebut akan dilakukan secara tunai sahaja bermula pukul 9 pagi hingga 12.15 tengah hari sehingga 30 September depan.

Menurut beliau, JPJ Perak sudah melakukan sesi percubaan bagi kaedah tersebut sejak semalam bagi memastikan semua proses berjalan lancar.

“Pada sesi percubaan sebanyak 240 transaksi berjaya dilakukan dengan nilai keseluruhan RM12,114 melibatkan 56 kenderaan.

“Justeru, kita yakin kaedah itu mendapat sambutan menggalakkan sekali gus memberi peluang orang ramai berurusan tanpa perlu membuat temu janji seperti yang dilaksanakan sekarang,” katanya selepas merasmikan Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan ke-64 Peringkat JPJ Cawangan Seri Manjung di sini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI