fbpx

20,837 kes baharu hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes harian kembali melepasi angka 20,000 dengan 20,837 kes menjadikan jumlah kes terkini Covid-19 mencecah 1,593,602 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan kes bawah 5,000 dengan 4,645 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 3,376 kes dan Pulau Pinang sebanyak 2,054 kes.

“Seterusnya, Kedah (1,772 kes), Johor (1,743 kes), Sarawak (1,543 kes), Kelantan (1,422 kes), Kuala Lumpur (1,284 kes), Perak (1,242 kes), Pahang (521 kes), Melaka (396 kes), Terengganu (383 kes) dan Negeri Sembilan (351 kes).

“Perlis pula (74 kes), Putrajaya (27 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI