fbpx

Sebulan Orang Asli berkurung dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkampungan Orang Asli di Kampung Mendrop, Pos Brooke, Gua Musang sunyi selepas penduduk mengambil keputusan untuk berkurung sejak sebulan lalu.

GUA MUSANG – Lebih 100 keluarga Orang Asli etnik Temiar di Kampung Mendrop, Pos Brooke di sini melakukan kuarantin kendiri dengan berkurung di dalam rumah sejak sebulan lalu.

Langkah itu merupakan inisiatif sendiri penduduk selepas tiga lagi kampung yang terletak di kawasan berhampiran masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 26 Ogos ini.

Selain itu, dua lagi lokaliti komuniti Orang Asli di Kampung Blau dan Kampung Batang di Pos Blau pula telah dikenakan PKPD bermula 21 Ogos sehingga 3 September depan.

Penghulu Kampung Mendrop, Alang Busu berkata, tindakan itu dilakukan kerana ingin menghindarkan diri dan keluarga daripada Covid-19.

Katanya, lebih membimbangkan, penduduk Orang Asli yang berjiran dengan kampung mereka di Kampung Sengsang dan Kampung Jedip ada yang telah meninggal dunia akibat jangkitan.

“Kami rasa takut dengan penularan wabak bahaya itu. Kami juga tidak benarkan orang luar masuk ke kampung ini tanpa urusan penting.

“Penduduk hanya berkurung dalam rumah dan ketua keluarga sahaja akan keluar mencari sumber makanan. Kami takut kerana ramai pekebun yang masuk melalui jalan kampung kami,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI