fbpx

Hanya satu beg darah berjaya diperoleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KKM memaklumkan bahawa hanya satu beg darah sahaja berjaya diperolehi dalam Kempen Derma Darah di Dewan Sri Pinang yang diadakan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru warga Pulau Pinang yang layak untuk sama-sama menderma darah bagi kegunaan pesakit yang memerlukan.

KKM dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, berdasarkan kemaskini terbaharu Facebook Derma Darah Penang, bekalan darah kini berada dalam keadaan tidak mencukupi.

Malah, hanya satu beg darah berjaya diperoleh dalam Kempen Derma Darah di Dewan Sri Pinang yang diadakan baru-baru ini.

“Oleh itu, KKM menyeru warga Pulau Pinang yang layak menderma darah untuk sama-sama membantu.

“Bagi sebarang pertanyaan lanjut hubungi 04-2225161 atau mesej terus ke Facebook Derma Darah Penang,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI