fbpx

Ramai lega PKRC Maeps tidak sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa lega selepas seorang jururawat berkongsi sebuah video memaparkan keadaan terkini di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).

Berbeza dengan keadaan sebelum ini di mana hampir semua katil diduduki pesakit Covid-19, kini PKRC tersebut kelihatan tidak sesak selain terdapat banyak katil-katil yang kosong.

Perkongsian video tersebut di laman Instagram jururawat yang dikenali sebagai Ekinnadzli itu turut tular di media sosial dengan rata-rata netizen mendoakan agar keadaan itu berterusan.

“Alhamdulillah. Sejujurnya rindu sangat tempat ini. Tapi benci sangat virus Covid-19 tu, terima kasih frontliner yang banyak berjasa. Tak terbalas rasanya,” kata seorang pengguna Instagram, nrlyla.

“Semoga semua yang dalam kesakitan dan kepayahan diberikan kemudahan dan kesembuhan yang baik tanpa mudarat dengan izin-Nya,” kata Sue Sumie.

“Didoakan semoga semua kuat cepat sembuh sihat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga,” kata Aya Aziz.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 10,000 tontonan.

Terdahulu, Maeps kali pertama diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April dan ditutup 15 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, pada 9 December lalu, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula Maeps sebagai PKRC susulan peningkatan kes Covid-19. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI