fbpx

Laksa Ustaz aktif anjur program CSR setiap minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohimi (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada penduduk di PPR Batu Muda baru-baru ini.

PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan dan terjejas ekoran pandemik Covid-19, sebuah syarikat bumiputera, yang terlibat dalam penjualan makanan popular rakyat Malaysia iaitu laksa Pulau Pinang secara online dengan jenama Laksa Ustaz, sentiasa aktif turun padang menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di seluruh negara.

Pengasas syarikat, Rohimi Ghazali berkata, aktiviti murni itu telah dijalankan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada bulan Mac tahun lalu bagi membantu masyarakat dalam pelbagai bentuk sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan juga makanan.

“Dana untuk sumbangan itu diperoleh daripada sebahagian keuntungan bersih jualan Laksa Ustaz yang kini semakin mendapat sambutan baik daripada pe­langgan.

“Ada juga diperoleh daripada rakan dan juga individu yang ingin menyumbang kepada projek amal yang kami anjurkan setiap minggu,” katanya ketika ditemui pada majlis pemberian sumbangan kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Batu Muda, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Persa­tuan Penduduk PPR Batu Muda, Radzuan Hanafi.

Seramai 1,400 orang daripada komuniti tersebut menerima sumbangan makanan berupa roti Gardenia dan juga buah-buahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI