fbpx

Pelawak tidak didakwa kes pemerdagangan manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA PILAH – Suspek dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia yang dibongkar polis pada 1 Ogos lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, esok.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mereka yang didakwa terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita.

Bagaimanapun, pelawak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes tersebut tidak didakwa, sebaliknya penahanannya hanya bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Pelawak itu ditahan hanya membantu siasatan dan akan menjadi saksi kes,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Berita berkaitan: Pelawak ditahan kes pemerdagangan orang 

Kosmo! Online 3 Ogos lalu melaporkan pelawak berusia 40-an itu ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah dalam serbuan Ops Pintas.

Dalam operasi berkenaan, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di daerah yang sama dan wanita berkenaan mendapat perintah perlindungan sementara serta ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI