fbpx

Wanita Afghanistan bersalin dalam pesawat kargo AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut (berbaring) selamat melahirkan seorang bayi perempuan di bahagian kargo pesawat Tentera Udara AS C-17. - Twitter US Air Force

KABUL – Seorang pelarian Afghanistan yang melarikan diri daripada pemerintahan Taliban  selamat melahirkan seorang bayi perempuan di dalam ruang  kargo sebuah pesawat milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The Sun semalam.

Tentera Udara AS berkata, wanita itu bersalin dan mula mengalami komplikasi semasa berada di dalam pesawat itu Sabtu lalu. Pesawat itu berlepas  dari sebuah pangkalan di rantau Asia Barat.

“Juterbang  penerbangan itu memutuskan untuk menurunkan altitud bagi meningkatkan tekanan udara di dalam pesawat untuk membantu menstabilkan dan menyelamatkan nyawa wanita itu,” demikian ciapan ditulis Komando Mobiliti Udara AS di laman Twitter.

Selepas mendarat di pangkalan Ramstein, unit perubatan tentera AS membantu wanita tersebut melahirkan bayinya di dalam pesawat jenis  C-17 itu.

Tentera Udara AS memaklumkan bahawa ibu itu dipindahkan ke kemudahan perubatan berekatan dan kedua-duanya berada dalam keadaan baik.

Seminggu selepas Taliban merampas kuasa di Afghanistan, tentera AS terus berusaha untuk menyelamatkan seramai mungkin warga Afghanistan yang mahu melarikan diri daripada kumpulan itu.

Kerajaan AS berkata, seramai 17,000 orang telah dipindahkan oleh AS termasuk 2,500 warganegaranya. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI