fbpx

DUN Perak bermula Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammd Zahir menunjukkan kedudukan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri Perak.

IPOH – Sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan bersidang mengikut jadual selama empat hari bermula Rabu ini hingga Isnin depan.

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, konsep Gelembung Persidangan Dewan Negeri akan dilaksanakan pada persidangan itu nanti.

“Saya suka mengingatkan semua pihak seperti Ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas untuk mematuhi sepenuhnya segala pematuhan dan garis panduan.

“Empat elemen utama yang terkandung dalam konsep tersebut iaitu penyediaan kemudahan penginapan, kemudahan pengangkutan, pertambahan ruang persidangan dan keperluan ujian pengesahan harian,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, jelasnya, sesi soalan lisan akan dijalankan pada persidangan kedua iaitu Khamis hingga persidangan keempat dengan tempoh selama satu jam.

“Kesemua Ahli Dewan Negeri akan diberikan peluang untuk berbahas berkaitan usul tersebut.

“Sesi perbahasan dijadualkan akan berlangsung pada persidangan kedua dan persidangan ketiga,” katanya.

Penggulungan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad pula dijadualkan turut berlangsung pada persidangan keempat selama 60 minit. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI