SEBERANG PERAI – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Sungai Dua, Butterworth di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa lelaki berusia 18 tahun tersebut meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu membabitkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggangi mangsa bersendirian yang dipercayai hilang kawalan.
“Siasatan awal mendapati motosikal itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik di tepi kiri jalan menghala ke arah Sungai Dua.
“Akibat kejadian itu, penunggang disahkan maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala dan badan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini bagi urusan bedah siasat.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929