fbpx

3 ah long tawar pinjaman RM1.5 juta diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kiri) menunjukkan rampasan hasil kegiatan ah long di IPK Johor, Johor Bahru, Johor hari ini. - Foto:RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Satu sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen atau ah long yang melibatkan jumlah pinjaman kira-kira RM1.5 juta tumpas susulan penahanan tiga suspek di daerah ini, Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun yang ditahan itu didapati menjalankan kegiatan itu di daerah ini sejak hujung tahun lalu.

Katanya, mereka menyasarkan mangsa yang terdiri daripada peniaga khususnya peniaga kecil dengan menawarkan jumlah pinjaman antara RM1,000 hingga RM100,000 dengan kadar faedah bulanan lapan hingga 15 peratus.

“Hasil siasatan mendapati setakat ini seramai 80 peminjam dikesan menjadi peminjam berulang kepada sindiket ini dengan jumlah pinjaman dianggarkan RM1.5 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas tiga kereta mewah, lima unit telefon bimbit dan 13 kad bank dengan nilai rampasan berjumlah RM300,000.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam serbuan berasingan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor menangkap seorang lelaki warga tempatan kerana terlibat kegiatan khianat di Segamat dan Batu Pahat, Selasa lalu.

Menurutnya, lelaki berusia 41 tahun itu mengambil upah sebanyak RM350 bagi perbuatan menyimbah cat ke setiap rumah peminjam di sekitar dua daerah berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Ayob memberitahu, dari sejak awal tahun hingga 15 Ogos lalu, JSJK Johor telah membuka 128 kertas siasatan melibatkan kes ah long dan daripada jumlah itu, 59 kertas siasatan sudah dituduh di mahkamah.

“Seramai 78 suspek telah ditangkap dan 21 daripadanya merupakan tangkapan bersindiket manakala 57 lagi adakah pemilik ‘mule account’.

“Polis Johor menyeru masyarakat supaya tidak membuat pinjaman dengan ah long. Sebarang maklumat bersabit kegiatan ini, laporkan kepada polis melalui Pegawai Risikan/Operasi JSJK Johor, Asisten Superintenden Timmy Anak Aheng menerusi talian 019-7773728 atau 013-2111222 atau 07-2254074,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI