fbpx

Eksesais Seacat tingkat kecekapan APMM Perak – USN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai APMM melihat kedudukan kapal tangki Silver Hana menggunakan binokular semasa Eksesais Seacat di perairan Pulau Jarak baru-baru ini.

LUMUT – Maritm Malaysia (APMM) Perak dan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) telah melaksanakan Eksesais Seaca di sekitar perairan Pulau Jarak dekat sini.

Eksesais ini dimulakan menerusi seminar keselamatan maritim dilakukan secara dalam talian di Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya pada 10 hingga 13 Ogos.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, eksesais fasa laut pula dilakukan di sekitar perairan Pulau Jarak pada 14 hingga 20 Ogos dengan penglibatan kapal ronda KM Nyalau.

Menurut beliau, fasa ini turut melibatkan latihan komunikasi melibatkan KM Nyalau bersama kapal ronda USN, USS Tulsa, kapal tangksi Silver Hana serta pihak ‘Information Fusion Centre’ (IFC) di Singapura..

“Selain itu, KM Nyalau turut melaksanakan misi penggeledahan secara ’hibrid’ dengan menggunakan peranti komunikasi antara ’Vessel of Interest’ (VOI) untuk mendapatkan maklumat dan disalurkan pada agensi sahabat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Eksesais itu dikoordinasikan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM) dan Bahagian Keselamatan dan Penguatkuasaan Maritim (BKPM) Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Beberapa siri latihan lain juga dilaksanakan oleh KM Nyalau bersama USN meliputi operasi membanteras aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah, penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Jelas Shahrizan, eksesais itu secara langsung berupaya meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan pegawai serta anggota pusat operasi dalam mengendalikan alat komunikasi dan perhubungan antara negara.

“Inisiatif eksesais yang dijalankan secara intensif ini mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara negara seterusnya mempromosikan negara dalam konteks kedaulatan perairan negara di peringkat global,” ujarnya lagi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI